Aliran
Pusingan Pendapatan Negara
Matlamat
1.
Kestabilan tingkat umum yang berterusan akan mengelakkan masalah inflasi
-masalah
inflasi menjejaskan taraf hidup masyarakat dan meningkatkan kos pengeluaran
-inflasi
akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
-oleh
itu, kestabilan tingkat harga umum penting untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat sesebuah negara melalui kestabilan kuasa beli dan kos sara hidup
-tabungan
dan pelaburan digalakkan kesan kestabilan kos dan pulangan
2.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
-
apabila wujud peningkatan dalam tingkat keluaran negara pada sesuatu tahun
berbanding dengan tahun sebelumnya
-
meningkatkan taraf hidup masyarakat jika kadar pertumbuhan ekonomi melebihi
kadar pertumbuhan penduduk iaitu pendapatan per kapita meningkat
-
peluang pekerjaan bertambah dan mengurangkan masalah pengangguran
-
pertumbuhan ekonomi positif dapat menarik minat pelabur asing dan pelabur
tempatan
-
kadar kemiskinan dapat dikurangkan melalui kenaikan pendapatan
3.
Mencapai tingkat guna tenaga penuh
-
keadaan ekonomi yang mencapai kadar pengangguran kurang drpd 4%
-
guna tenaga yang tinggi menunjukkan kegiatan ekonomi yang banyak dijalankan dan
jumlah barangan yang dikeluarkan meningkat
-
semakin rendah kadar pengangguran , semakin tinggi keluaran negara dan semakin
pesat pertumbuhan ekonomi sesebuah negara
4.
Membaiki imbangan pembayaran
-
imbangan pembayaran bertambah baik apabila aliran wang yang masuk ke dalam
sebuah negara melebihi aliran wang yang keluar daripada sebuah negara kesan
perdagangan antarabangsa
-
imbangan pembayaran lebihan kerana kenaikan nilai eksport barang dan
perkhidmatan serta kemasukan pelaburan asing
-
meningkatkan rizab emas dan mata wang asing bank pusat serta mengukuhkan nilai
mata wang sesebuah negara
-
meningkatkan kadar pertukaran domestik iaitu nilai mata wang tempatan meningkat
Petunjuk Makroekonomi
Definisi : data statistik tentang aktiviti ekonomi yang menjadi pengukur pencapaian ekonomi sesebuah negara
1. kadar inflasi – peratusan perubahan tingkat harga umum pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya + FORMULA
2. kadar pengangguran – peratusan bilangan penganggur daripada jumlah tenaga buruh pada suatu tahun tertentu + FORMULA
3. keluaran negara kasar – jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun
4. kadar bunga nominal – kadar bunga yang dikenakan atas sejumlah wang yang dipinjam + FORMULA
kadar bunga benar – perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi + FORMULA
kadar pertumbuhan ekonomi – kadar perubahan keluaran negara benar pada suatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya
Dasar
Makroekonomi
1 1. masalah
inflasi
-
dasar fiskal – mengurangkan perbelanjaan
kerajaan dan meningkatkan cukai –
permintaan agregat menurun dan tingkat harga umum menurun- inflasi menurun
-
dasar kewangan – nisbah rizab berkanun –
bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun- simpanan wang tunai bank
perdagamgan di bank pusat bertambah – jumlah pinjaman yang diberikan menurun-
penawaran wang dalam ekonomi menurun- kadar bunga meningkat- pelaburan menurun-
perbelanjaan agregat dan permintaan agregat menurun- pendapatan negara menurun
– inflasi menurun
2. masalah
pengangguran
-
dasar fiskal – menambahkan perbelanjaan
kerajaan dan mengurangkan cukai – permintaan agregat meningkat dan keluaran
negara meningkat – guna tenaga meningkat dan pengangguran diatasi
dasar
kewangan – nisbah rizab berkanun – bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun-
simpanan wang tunai bank perdagangan di bank pusat berkurang- jumlah pinjaman
yang diberikan meningkat- penawaran wang dalam ekonomi meningkat- kadar bunga
menurun- pelaburan meningkat- perbelanjaan agregat dan permintaan agregat
meningkat- pendapatan
Comments
Post a Comment